MENU

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Permit Pasar Ramadhan Tahun 2013 dibuka mulai 08 Mei 2013 untuk perniagaan di lokasi-lokasi berikut :

  1. Triang ( kawasan Terminal Bas Triang)

  2. Bandar Bera

  3. Kemayan (hadapan Gerai PKNP)

  4. Simpang Felda Gugusan Bera (Simpang Kepayang)

  5. Bandar 32 Bera (Tementi)

  6. Lain-lain kawasan

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Majlis Daerah Bera (Bahagian Pelesenan) pada bila-bila masa dalam waktu pejabat . Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian telefon 09-2501700 / 09-2501701.

Tarikh tutup permohonan pada 21 Jun 2013 (Jumaat).