MENU

Sukacita dimaklumkan bahawa kita akan merayakan Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia Tahun 2019. Sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan ini, bendera Jalur Gemilang dan Negeri Pahang hendaklah dikibarkan di bangunan kerajaan dan swasta, premis perniagaan, kilang, hotel, gerai, rumah persendirian, perumahan awam, sekolah dan tempat-tempat ibadat mulai 01 Ogos hingga 16 September 2019. Nisbah bilangan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Pahang yang dikibarkan hendaklah pada kadar seimbang.