MENU

Apa itu MyID?

MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor Kad Pengenalan sebagai nombor rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia berurusan sebagai individu dengan agensi Kerajaan.

Inisiatif MyID

Kad Pengenalan merupakan dokumen pengenalan diri bagi seseorang warganegara Malaysia. Nombor Kad Pengenalan merupakan nombor pengenalan diri yang unik bagi setiap warganegara dan merupakan maklumat penting yang diperoleh dan disimpan oleh agensi apabila seseorang warganegara sebagai individu berurusan dengan agensi Kerajaan. 

Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan selaras dengan konsep "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", Kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia,  telah memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai MyID, dimana, nombor Kad Pengenalan dijadikan sebagai nombor rujukan tunggal bagi warganegara Malaysia. Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memudahkan warganegara berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan.

Saluran perkhidmatan :

a) Kaunter -   Kaunter No.2 di Tingkat Bawah, Majlis Daerah Bera (Januari, Februari, Julai dan Ogos).
                    -   Kaunter Jabatan Penilaian di Tingkat 1, Majlis Daerah Bera (Mac hingga Jun dan September hingga Disember)

b) Telefon - Boleh berhubung di talian 09-2501700 (samb. 1719 – Jabatan Penilaian)

Saluran perkhidmatan :

a) Kaunter -     Kaunter Bahagian Pelesenan di Tingkat 3, Majlis Daerah Bera.
b) Telefon -     Boleh berhubung di talian 09-2501700 (samb. 1747 – Bahagian Pelesenan)

Saluran perkhidmatan :

a) Kaunter -     Kaunter Bahagian Penilaian di Tingkat 1, Majlis Daerah Bera.
b) Telefon -     Boleh berhubung di talian 09-2501700 (samb. 1718 – Bahagian Penilaian)

  1. Semakan Maklumat Bil / Notis Cukai Taksiran
  2. Semakan Status Permohonan Baru / Baharui Lesen Perniagaan
  3. Semakan Maklumat Lesen dan Pelesen Perniagaan
  4. Semakan Status Permohonan Pindah Milik Lesen
  5. Semakan Maklumat Penyewa Gerai MDB
  6. Semakan Status Permohonan Sewa Gerai MDB
  7. Semakan Maklumat Pemilik Cukai Taksiran
  8. Permohonan Cetakan Semula Bil Cukai / Notis Kompaun

Muat turun :