MENU

Apakah itu Cukai Taksiran Am?
Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti Bangunan Kediaman, Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel), Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang, Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang) dan Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan yang terletak di dalam kawasan MDB)

Bilakah Bil Cukai Taksiran Am dikeluarkan?
Bil Cukai Taksiran Am diserahkan/diposkan pada Januari (1/2 tahun pertama) dan Julai (1/2 tahun kedua).

Bilakah Notis Cukai Taksiran Am dikeluarkan?
Notis (Borang E) diserahkan/diposkan pada Mac (1/2 tahun pertama) dan September (1/2 tahun kedua).

Bilakah Tempoh Bayaran Cukai Taksiran perlu dijelaskan?
Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu 1hb Januari hingga 28hb Februari setiap tahun (1/2 tahun pertama) dan 1hb Julai hingga 31hb Ogos setiap tahun (1/2 tahun kedua).

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda tidak menerima Bil atau Notis?
Anda dikehendaki datang sendiri ke Kaunter Cukai Taksiran, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dengan membawa Bil/Notis lama atau no. akaun (jika ada) atau no. lot/rumah dan kedudukan harta.

Bagaimanakah proses kelulusan Lesen Permohonan Baharu diluluskan?
Permohonan diterima melalui borang berharga RM 1.00 yang boleh didapati di Kaunter Bayaran MDB seterusnya Borang yang lengkap diisi dikemukakan di Kaunter Bahagian Pelesenan dengan bayaran proses RM 10.00 dan kemudian borang permohonan didaftarkan ke dalam sistem komputer.