MENU


YANG DIPERTUA

Dato' Razihan Bin Adzharuddin , DIMP
 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Portal Rasmi Majlis Daerah Bera. Maklumat di dalam portal ini merupakan salah satu usaha untuk memberikan informasi mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Majlis Daerah Bera kepada masyarakat serta program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Daerah Bera dari semasa ke semasa.

Saya dan warga kerja Majlis Daerah Bera merakamkan ucapan terima kasih kepada pengunjung yang sudi melayari portal ini. Saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi paparan informasi portal ini khususnya serta mempertingkatkan lagi penyampaian sistem perkhidmatan awam. Semoga informasi di portal ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan, membantu dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Sehubungan dengan itu juga, di kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja Majlis Daerah Bera yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan portal ini.

Sekian,Terima Kasih.
 

Majlis Daerah Bera,
28200 Bandar Bera,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-2501700 Fax: 09-2501708 
Emel: ydpbera@mdbera.gov.my

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 8 September 2017 - 5:19pm