MENU

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BERA, PAHANG 2035 (PENGGANTIAN)

Sukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Laporan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bera, Pahang 2035 (Penggantian) telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 11 September 2023 (Isnin) hingga 10 Oktober 2023 (Selasa).

Semakan laporan ini boleh dibuat hari bekerja di lokasi berikut :-
1. Majlis Daerah Bera
2. Pejabat Daerah Dan Tanah Bera
3. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang)

Draf Rancangan Tempatan tersebut juga boleh diperiksa secara dalam talian dilaman sesawang berikut:

Semakan Atas Talian
1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti)
http://epublisiti.townplan.gov.my
2. Laman Web PLANMalaysia@Pahang
http://jpbd.pahang.gov.my
3. Laman Web Majlis Daerah Bera
http://www.mdbera.gov.my

Orang awam adalah dijemput hadir ke lokasi semakan tetap atau semakan di atas talian untuk memeriksa Draf Rancangan Tempatan berkenaan. Bantahan terhadap atau representasi berkenaan Draf Rancangan Tempatan tersebut boleh dikemukakan dengan menggunakan borang bantahan awam yang disediakan, sebelum atau pada 10 Oktober 2023. Borang bantahan awam, surat atau memorandum hendaklah dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BERA 
28200 Bandar Bera, 
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-2501700
Faks: 09-2501708
E-mel: majlis@mdbera.gov.my

Borang bantahan awam juga boleh diisi secara atas talian menerusi rangkaian Google Form tersebut : 
https://forms.gle/6ZAeQWW9ZkSrqxBG7

Moh kita wehh! Buat semakan tanoh aokmer terr!!!

Sekian, terima kasih.