MENU

Sukacita dimaklumkan bahawa kita akan merayakan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan ini, Bendera Jalur Gemilang dan Negeri Pahang hendaklah dikibarkan di bangunan kerajaan dan swasta, premis perniagaan, kilang, hotel, gerai, rumah persendirian, rumah awam, sekolah dan tempat-tempat ibadat mulai 1 Ogos 2022 hingga 16 September 2022.

Nisbah bilangan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang yang dikibarkan hendaklah pada kadar yang seimbang dan dipastikan dalam keadaan baik dan elok.

Kerjasama dan sokongan semua dalam menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.