MENU

KENYATAAN MEDIA
MENTERI BESAR PAHANG

Kerajaan Pahang menyokong pengumuman oleh YAB Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei 2020.

Bagaimanapun, Kerajaan Pahang perlu mengkaji dan memperhalusinya agar sesuai dengan kedudukan semasa penularan wabak pandemik COVID-19 di Pahang.

Ini akan dibincang secara lanjut pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri petang Jumaat, 8 Mei 2020.

Sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat mingguan ini, segala ketetapan yang dibuat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, masih kekal.

Sepertimana semua maklum, negeri Pahang kini sedang menghadapi kemunculan kluster baharu. Oleh itu, tumpuan khusus dan utama perlu dilakukan bagi menanganinya.

Justeru, Kerajaan Pahang sedang memperhalusi langkah-langkah pelaksanaan PKPB supaya apabila mana-mana sektor dibuka tidak akan menyebabkan penularan baharu.

Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
3 Mei 2020