MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAJLIS DAERAH BERA
Majlis Daerah Bera telah menganjurkan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berlangsung di Dewan Cemerlang, Majlis Daerah Bera pada 05 Ogos 2026. Majlis dimulai dengan taklimat Pencegahan Rasuah oleh Penguasa Tuan Zafri Bin Che Hussin, Pegawai Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Cawangan Temerloh. Sesi tandatangan Ikrar Bebas Rasuah oleh Yang Dipertua, Majlis Daerah Bera, Tuan Hj, Zamri Bin Hassan, AAP dan disaksikan oleh Penguasa Kanan Tuan Muhammad Shukri Bin Shaharudin, Ketua Cawangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Temerloh, Pahang.








