MENU

JENIS HARTANAH YANG DIKENAKAN CUKAI

Kadar Taksiran dikenakan ke atas pegangan seperti berikut: Rumah kediaman Harta perdagangan (kedai, restoran, pejabat,hotel dan sebagainya) Harta industri (kilang,gudang,bengkel, stor dan sebagainya) Tanah kosong (perumahan, pertanian, komersial dan industri)

 

PENENTUAN CUKAI KADARAN

Kadar Taksiran untuk harta-harta berkadar ditentukan berdasarkan kepada formula seperti berikut : Kadar Taksiran = Nilai Tahunan x Kadar % Penentuan "Kadar %" Secara umumnya kadar % ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) SUK Negeri Pahang. Penentuan "Nilai Tahunan" Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 bulan Anggaran sewa kasar bagi rumah ditentukan berasaskan rumah-rumah sejenis yang berdekatan. Setiap rumah mempunyai "nilai sewa" tanpa mengira samada rumah tersebut diduduki sendiri, disewakan ataupun rumah ditinggalkan kosong kerana gagal disewakan.

 

MENJELASKAN CUKAI KADARAN

Pemilik diminta membayar cukai kadaran sebaik sahaja bil tersebut diterima dari Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, MPT setiap penggal.

 

PENGGAL TAKSIRAN

PENGGAL TAKSIRANadalah tempoh bagi pengeluaran dan pembayaran bil cukai taksiran seperti peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu :

  • Penggal bayaran bagi bil-bil cukai kadaran adalah seperti berikut:

 Penggal

 Tempoh Pembayaran

 Pertama

 1hb Januari sehingga 28hb. Februari

 Kedua

 1hb Julai sehingga 31hb. Ogos