MENU

Merupakan antara salah satu tarikan utama jika anda datang ke Felda Kumai untuk anda singgah dan berekreasi.

Ianya berada pada ketinggian 400 kaki dari paras laut dan merupakan  kawasan hutan lipur yang berada dalam kompartment 72 dan 76 Hutan Simpan Chini  dan seluas 2 hektar dan satu-satunya yang didaftarkan berstatus Hutan Lipur oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi Daerah Bera untuk tujuan rekreasi.

Sebenarnya terdapat satu lagi kawasan air terjun iaitu Air Terjun Terapai yang berada berdekatan Felda Mayam tetapi ianya belum didaftarkan mungkin kerana faktor lokasi yang agak jauh untuk dikunjungi berbanding Bukit Bertangga dengan kenderaan biasa dan kurang selamat barangkali.

Pautan ke Bukit Bertangga