Terletak di Kampung Dato’ Sri Hamzah, Kemayan Pahang. Lokasi yang santai dan menarik untuk beriadah pada hujung minggu dan ianya telah diwartakan sebagai pusat reakrasi di Bera, Pahang. Dari permulaan perjalananan hingga ke puncak mengambil masa 45minit ke 1jam mengikut keupayaan masing masing. Dihidangkan dengan pemandangan kebun kelapa sawit dan di kiri kanan pula kebun getah penduduk tempatan. Jika tuah bersama pendaki ketika hari tersebut, pasti pemandangan awan karpet yang cantik disajikan dan pastinya membuatkan pendaki ingin duduk lebih lama di puncak Bukit Senorang tersebut.
Pautan ke Bukit Senorang